Total Pageviews

Owner of SemuaBeauty

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kami dari SemuaBeauty ingin memperkenalkan kepada anda semua siapa sebenar pemilik SemuaBeauty ini.



Nama pemilik SemuaBeauty adalah SITI ALIFAH BT MOHAMAD MAHIR, dilahirkan pada 20 September 1992.  Semenjak beliau berusia 9 tahun, beliau sudah terlibat dengan bidang usahawan. Hasil jualan buku dan vcd yang beliau jual di kaki jalan atau di mana mana sahaja akan digunakan untuk membayar yuran sekolah, membeli peralatan sekolah dan membiayai persekolahannya dari sekolah rendah sehinggalah beliau menjengah masuk ke institusi pengajian tinggi.

Beliau bersekolah rendah di SK Menjalara dari usia 7 tahun sehingga 8 tahun dan kemudiannya bertukar ke SK Bandar Baru Sri Damansara 2 dari usia 9 tahun sehingga 12 tahun. Pada peringkat sekolah menengah pula, beliau bersekolah di SMK Bandar Sri Damansara 2 dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2007, beliau mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin (SOKSEK) dari tahun 2008-2009.

Tamat pengajian beliau di SOKSEK, beliau bekerja di AEON Credit (M) Sdn Bhd sebagai "sales attendance" di bahagian kad kredit. Beliau bekerja di syarikat berkenaan selama 6 bulan dan selepas itu beliau menyambung pengajian beliau di UiTM Kelantan pada tahun 2010 dalam bidang Diploma Statistik.

Pada 20 Mei 2013, beliau menamatkan pengajian beliau dengan keputusan cemerlang di bahagian Diploma Statistik dan kini beliau bekerja di syarikat perbankan sebagai "Marketing Executive" dan baru sahaja memulakan perniagaan SemuaBeauty pada 17 September 2013.

Harapan beliau adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih prihatin dalam kesihatan dan kecantikan kerana ianya adalah dari anugerah Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Matlamat beliau juga untuk melahirkan lebih ramai usahawan melayu dan bumiputra yang kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian sahaja coretan dari kami. Terima kasih kerana membaca.

Selamat Membeli Belah.

No comments:

Post a Comment